Saturday, 24 November 2012

GAMBAR SAYA


JOHANALIZA JOHARI





Buah-buahan tempatan
jagung
betik


rambutan
                                               



buah naga







manggis

delima


durian













Tuesday, 20 November 2012

keterangan

Buah-buahan tempatan

Negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan,seperti manggis,rambutan durian ,belimbing ,betik dan lain-lain.Buah-buahan tempatan banyak khasiat dan banyak zat.Buah betik kaya dengan vitamin A.
Buah limau dan belimbing kaya dengan vitamin C.

Harga buah tempatan tidak mahal.Buah-buahan tempatan segar dan enak dimakan,dan baik sebagai pelawas.Buah-buahan tempatan banyak dijual di pasar dan gerai buah-buahan.



Lembaran kerja.


1. Buah-buahan tempatan berkhasiat dan banyak__________________.

2. Buah betik kaya dengan _______________________.

3. Buah limau dan belimbing kaya dengan _____________________.

4. Harga buah-buahan tempatan tidak _________________.

5. Buah-buahan tempatan enak dimakan dan baik sebagai ______________________.

6. Buah-buahan tempatan banyak dijual di _________________dan di __________________.

lagu buah-buahan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Rancangan Pengajaran Harian.

DISIPLIN ILMU

KELAS

MASA

TARIKH

TEMA

TAJUK

FOKUS UTAMA







FOKUS SAMPINGAN






OBJEKTIF





PENGETAHUAN SEDIA ADA


PENGISIAN KURIKULUM

SISTEM BAHASA

KOSA KATA


ILMU

MEDIA



BAHASA MALAYSIA

1 HIJAU

12.15 – 1.15 PM

06.06.2012

MARI BERTANI

Buah-Buahan Tempatan

SK  1.5  Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

SP  1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat dan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

SK 3.3 Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat dengan betul.

SP 3.3.4  Membina dan menulis perkataan,dan ayat majmuk dengan betul.


Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i)              Murid dapat mengenal dan menamakan buah-buahan secara lisan.
ii)             Mengeja dan menyebut suku kata dan perkataan
iii)            dengan betul berdasarkan gambar.

Murid telah mengenali buah-buahan dalam kehidupan seharian mereka.

Nilai – menghargai,mensyukuri

Tatabahasa

Nama buah-buahan seperti langsat,manggis,rambutan,tembikai,jambu,betik

Matematik,sains

Lap top ,buku teks,,buku aktiviti,lembaran kerja










5

AKTIVITI

Set Induksi

1.Guru meminta murid 
    mencantum puzzle.

-sekarang cikgu mahu kamu mencantum puzzle.
-3 orang murid mengambil bahagian.
-Baiklah,gambar  apakah yang kamu lihat di sini?
-murid menjawab gambar buah.



Langkah 1

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai buah-buahan yang mereka kenali.



Rujuk buku teks tahun 1 muka surat 99.

-Adam,apakah buah yang kamu tahu?
-Amir ,kamu suka buah apa?
-kenapa kamu suka buah tersebut?

Murid menamakan pelbagai jenis buah-buahan yang mereka tahu.selain dalam gambar.


Langkah 2

Guru mempamerkan gambar buah-buahan dan minta murid mengeja nama buah.





Baiklah ,ini buah apa?
Sekarang cikgu mahu kamu ikut cikgu mengejakan nama buah-buahan.

be…tik                betik
mang…gis          manggis
e…pal                 epal
du…rian              durian

ram…bu…tan                        rambutan

Latih tubi mengeja perkataan secara kelas,kumpulan dan individu.

Langkah 3
Bersoal jawab .
Perkaitan dengan Ilmu matapelajaran matematik


-Cuba kamu bilang buah yang cikgu pamerkan ini.
-murid membilang satu,dua,tiga,empat ,lima, enam.
-murid menjawab ada 6 .



Langkah 4

Guru menerangkan klasifikasi buah-buahan



-Baiklah disini terdapat dua jenis buah-buahan iaitu buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar Negara.
1. Boleh beritahu cikgu apakah buah-buahan tempatan?
2. Murid menjawab dengan pelbagai jawapan.
3. Cikgu menerangkan maksud buah tempatan dan buah luar Negara.


Langkah 5



penutup

Guru mengedarkan lembaran kerja mengenai buah-buahan.
-murid mewarna gambar buah-buahan tempatan.
-murid menamakan nama buah tempatan.

Menyanyi lagu buah-buahan tempatan.

Friday, 12 October 2012

KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Kebaikan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

Thursday, 27 September 2012

Lirik Lagu Musim Buah-buahan


LIRIK LAGU

Musim buah-buahan

Buah duku,buah nangka
Buah manggis dan kelapa
Sama saja jambu dan mangga
Hai,sedap manis pula

Pisang,langsat,buah rambai
Ciku ,nanas dan rambutan
Lazat juga buah tembikai
Menambah zat di badan

Rasa limau manis
Belimbing,cempedak dan durian
Harga tidak mahal
Di kedai atau di pinggir jalan

Sungguh enak,hai rasanya
Sungguh kaya khasiatnya
Kalau makan buah-buahan
Sihat seluruh badan.