johanalizajohariblogspot
Tuesday, 20 November 2012
keterangan
Negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan,seperti manggis,rambutan durian ,belimbing ,betik dan lain-lain.Buah-buahan tempatan banyak khasiat dan banyak zat.Buah betik kaya dengan vitamin A.
Buah limau dan belimbing kaya dengan vitamin C.
Harga buah tempatan tidak mahal.Buah-buahan tempatan segar dan enak dimakan,dan baik sebagai pelawas.Buah-buahan tempatan banyak dijual di pasar dan gerai buah-buahan.
Lembaran kerja.
1. Buah-buahan tempatan berkhasiat dan banyak__________________.
2. Buah betik kaya dengan _______________________.
3. Buah limau dan belimbing kaya dengan _____________________.
4. Harga buah-buahan tempatan tidak _________________.
5. Buah-buahan tempatan enak dimakan dan baik sebagai ______________________.
6. Buah-buahan tempatan banyak dijual di _________________dan di __________________.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan
Pengajaran Harian.
DISIPLIN ILMU
KELAS
MASA
TARIKH
TEMA
TAJUK
FOKUS UTAMA
FOKUS SAMPINGAN
OBJEKTIF
PENGETAHUAN SEDIA ADA
PENGISIAN KURIKULUM
SISTEM BAHASA
KOSA KATA
ILMU
MEDIA
|
BAHASA MALAYSIA
1 HIJAU
12.15 – 1.15 PM
06.06.2012
MARI BERTANI
Buah-Buahan Tempatan
SK 1.5
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
SP 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat dan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat
tunggal.
SK 3.3 Membina dan
menulis perkataan,frasa dan ayat dengan betul.
SP 3.3.4 Membina dan menulis perkataan,dan ayat
majmuk dengan betul.
Di akhir pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:-
i)
Murid
dapat mengenal dan menamakan buah-buahan secara lisan.
ii)
Mengeja
dan menyebut suku kata dan perkataan
iii)
dengan
betul berdasarkan gambar.
Murid telah mengenali
buah-buahan dalam kehidupan seharian mereka.
Nilai –
menghargai,mensyukuri
Tatabahasa
Nama buah-buahan seperti
langsat,manggis,rambutan,tembikai,jambu,betik
Matematik,sains
Lap top ,buku teks,,buku
aktiviti,lembaran kerja
|
5
AKTIVITI
Set Induksi
1.Guru meminta
murid
mencantum puzzle.
|
-sekarang cikgu mahu
kamu mencantum puzzle.
-3 orang murid mengambil
bahagian.
-Baiklah,gambar apakah yang kamu lihat di sini?
-murid menjawab gambar
buah.
|
Langkah 1
Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai buah-buahan yang mereka kenali.
|
Rujuk buku teks tahun 1
muka surat 99.
-Adam,apakah buah yang
kamu tahu?
-Amir ,kamu suka buah
apa?
-kenapa kamu suka buah
tersebut?
Murid menamakan pelbagai
jenis buah-buahan yang mereka tahu.selain dalam gambar.
|
Langkah 2
Guru mempamerkan gambar
buah-buahan dan minta murid mengeja nama buah.
|
Baiklah ,ini buah apa?
Sekarang cikgu mahu kamu
ikut cikgu mengejakan nama buah-buahan.
be…tik betik
mang…gis manggis
e…pal epal
du…rian durian
ram…bu…tan rambutan
Latih tubi mengeja
perkataan secara kelas,kumpulan dan individu.
|
Langkah 3
Bersoal jawab .
Perkaitan dengan Ilmu
matapelajaran matematik
|
-Cuba kamu bilang buah
yang cikgu pamerkan ini.
-murid membilang
satu,dua,tiga,empat ,lima, enam.
-murid menjawab ada 6 .
|
Langkah 4
Guru menerangkan
klasifikasi buah-buahan
|
-Baiklah disini terdapat
dua jenis buah-buahan iaitu buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar Negara.
1. Boleh beritahu cikgu
apakah buah-buahan tempatan?
2. Murid menjawab dengan
pelbagai jawapan.
3. Cikgu menerangkan
maksud buah tempatan dan buah luar Negara.
|
Langkah 5
penutup
|
Guru mengedarkan
lembaran kerja mengenai buah-buahan.
-murid mewarna gambar
buah-buahan tempatan.
-murid menamakan nama
buah tempatan.
Menyanyi lagu buah-buahan
tempatan.
|
Friday, 12 October 2012
KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Kebaikan
Buah-buahan Tempatan
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.
Subscribe to:
Posts (Atom)